Entah bila kesempatan itu datang lagi.
Syukur, Allah memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan meraikan Aidil Adha bersama di asrama.

Bukan darah, tetapi hati yang ikhlas dipandang Tuhan
“Hujung dunia!” sindir senior kami yang rata-rata berasal dari Lembah Klang. Hanya waktu cuti sekolah sahaja kami dapat merasa nikmat kota, menonton televisyen atau melayari internet tak ingat masa, berbanding duduk di ceruk desa yang aman ini.
Itulah pengorbanan, yang tidak kami fahami di bangku sekolah dan asrama dahulu. Waktu itu saya baru di Tingkatan Dua, masih naif dan selalu menurut sahaja.
Pada hari istimewa itu, bersiap dengan pakaian yang segak kami keluar awal dari asrama. Surau As-Syakirin bukan destinasi pertama, sebaliknya mengucapkan selamat hari raya kepada pak guard yang setia di pintu pagar sekolah. Konon, mengikut sunnah Nabi berjalan berlainan haluan pergi dan pulang dari solat hari raya untuk bertegur sapa.
Mungkin itulah kali pertama saya mengetuai laungan takbir, walaupun tersalah silap dan terpaksa dibantu teks. Pada waktu itu, mungkin hanya suara dan lenggok takbir lebih penting dari ma’na takbir kepada empunya diri yang mengaku Muslim.
Boleh sahaja saya catatkan di sini menu sarapan yang istimewa kami makan pada pagi itu, atau berapa ekor lembu yang tumbang dikorbankan oleh para guru dan PIBG. Takbir pertama itulah yang menghantar saya jauh ke bumi orang.
Teringat waktu dulu2 di INTESABER.. Dapat merasa beraya di sekolah bersama kawan2.. Seronoknya waktu tu…
Nanti kita tulis pasal baraan pula…hehehe
nice blog,keep it up fakha..
Thank you teacher.
Buat masa ini tiada plan besar untuk blog ini. Sekadar perakam memori